X

Kindly register in order to view this article
!

14 kes pecah rumah selesai, dua termasuk warga asing ditahan

Antara barang yang dirampas dalam serbuan di Taman Subang Indah, Petaling Jaya awal pagi tadi.
A
A

PETALING JAYA - Polis berjaya menyelesaikan 14 kes pecah rumah di sekitar daerah ini susulan penahanan dua lelaki termasuk seorang warga Thailand di sebuah kediaman di Taman Subang Indah hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kedua-dua suspek berusia 34 dan 26 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada jam 2.30 pagi hari ini.

“Kita telah merampas sembilan telefon bimbit, sebilah parang serta enam kad pengenalan, lapan lesen memandu dan satu kad vokasional milik individu lain.

“Semakan mendapati semua kad terbabit milik individu lain yang pernah membuat laporan polis kerana menjadi mangsa kes jenayah pecah rumah, samun dan curi dalam kenderaan,” katanya pada sidang akhbar di IPD Petaling Jaya, di sini hari ini.

Nik Ezanee berkata, hasil siasatan lanjut mendapati seorang daripada suspek mempunyai sembilan rekod jenayah berkaitan dadah dan samun jalanan, manakala seorang lagi tidak mempunyai sebarang rekod.

“Kedua-dua suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!