'Rusia raih manfaat utama perang AS-Iran' - Kamala Harris

Kamala Harris. Foto Agensi
Kamala Harris. Foto Agensi
A
A
A

NEVADA - Bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris mendakwa Rusia muncul sebagai pihak paling mendapat keuntungan daripada perang antara AS dan Iran susulan kelonggaran sekatan terhadap minyak negara itu.

Menurut beliau, Rusia kini memperoleh pendapatan hasil jualan minyak yang sebelum ini sepatutnya disekat daripada pasaran antarabangsa.

“Adakah anda faham maksudnya? Mereka menjana wang dengan menjual minyak yang sepatutnya dilarang untuk dijual.

“Apa lagi maksudnya? Kita menghantar artileri, peluru dan sistem pertahanan udara ke medan perang dengan Iran, sedangkan aset itu sepatutnya dihantar ke Ukraine. Jadi, kesannya sangat serius,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pertemuan bersama pemimpin Parti Demokrat di Nevada yang disiarkan oleh Associated Press menerusi YouTube.

Harga minyak dilaporkan melonjak mendadak sejak tercetusnya perang antara Iran dan AS susulan penutupan Selat Hormuz.

Pada akhir April, harga minyak melepasi AS$120 (RM470) setong.

Menurut laporan bulanan Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), hasil eksport minyak Rusia pada Mac hampir meningkat dua kali ganda kepada AS$19 bilion (RM74 bilion).

Menteri Kewangan Rusia, Anton Siluanov pada awal Mei pula menganggarkan kenaikan harga minyak boleh membawa tambahan hasil sebanyak 200 bilion ruble (RM10.46 bilion) kepada belanjawan negara itu.

Artikel Berkaitan:

Perkembangan itu sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa konflik di Asia Barat bukan sahaja mengalih tumpuan dan bantuan ketenteraan daripada Ukraine, malah turut memberi ruang kepada Moscow untuk mengukuhkan kedudukan ekonominya.-Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!