Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Kesihatan Sedunia 2020

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menyampaikan ucapan selamat menyambut Hari Kesihatan Sedunia 2020 kepada semua wira dan wirawati petugas kesihatan barisan hadapan di Malaysia.

Seri Paduka berdua turut menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua petugas kesihatan atas komitmen dan ketabahan menjalankan tanggungjawab dalam membendung pandemik koronavirus (Covid-19).

Seri Paduka berdua bertitah sedemikian melalui hantaran pada akaun Instagram Istana Negara.

Hari Kesihatan Sedunia disambut pada 7 April setiap tahun. - Bernama

Artikel Berkaitan: