Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Zainuddin Yahya

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pengasas dan pemilik Restoran Tukdin Flavours of Malaysia di London, United Kingdom iaitu Allahyarham Zainuddin Yahya yang meninggal dunia, pada Sabtu. - Foto FB Istana Negara
Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pengasas dan pemilik Restoran Tukdin Flavours of Malaysia di London, United Kingdom iaitu Allahyarham Zainuddin Yahya yang meninggal dunia, pada Sabtu. - Foto FB Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pengasas dan pemilik Restoran Tukdin Flavours of Malaysia di London, United Kingdom iaitu Allahyarham Zainuddin Yahya yang meninggal dunia, pada Sabtu.

Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

"Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh,” menurut catatan itu.

Zainuddin yang telah menetap lebih 40 tahun di London mengusahakan restoran Tukdin Flavours of Malaysia sejak lebih 13 tahun lalu dengan hidangan Malaysia menjadi inspirasi utama restoran berkenaan.

Restoran Allahyarham sangat popular dan sering dikunjungi selebriti dunia, malah menjadi pilihan orang kenamaan, rakyat dan pelajar Malaysia di London. - Bernama