Medan selera di Petaling Jaya dilanda banjir

Anggota bomba membantu menyelamatkan mangsa banjir di sebuah medan selera di Petaling Jaya pada Rabu
Anggota bomba membantu menyelamatkan mangsa banjir di sebuah medan selera di Petaling Jaya pada Rabu
A
A
A

PETALING JAYA – Sebuah medan selera di Seksyen 51A di sini dilanda banjir dengan paras air mencecah kira-kira 1.2 meter pada Rabu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.15 petang.

"Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 4.5 kilometer," katanya Salam kenyataan pada Rabu.

Keadaan banjir di sebuah medan selera di sini pada Rabu.
Keadaan banjir di sebuah medan selera di sini pada Rabu.

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi pada jam 4.26 petang, didapati kawasan medan selera berkenaan dinaiki air.

"Beberapa kenderaan turut dilaporkan tenggelam di kawasan parkir medan selera terbabit.

"Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat dan tiada pemindahan dilakukan, paras air juga didapati semakin surut,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!