Lelaki pukul warga emas guna topi keledar ditahan

Seorang warga emas cedera selepas dipukul suspek menggunakan topi keledar petang semalam.
Seorang warga emas cedera selepas dipukul suspek menggunakan topi keledar petang semalam.
A
A
A

GEORGETOWN - Suspek yang memukul seorang pemandu teksi warga emas dengan topi keledar dalam kejadian petang kelmarin di Medan Angsana Satu, Bandar Baru Farlim ditahan tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di Jalan Macalister di sini pada jam 12.30 tengah hari tadi.

Menurutnya, polis turut merampas topi keledar dipercayai digunakan suspek untuk memukul mangsa ketika kejadian.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong

"Bertindak di atas maklumat yang diperolehi, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Daerah Timur Laut berjaya menangkap suspek di Jalan Macalister.

"Suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan dan tiada rekod jenayah lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian tadi.

Soffian berkata, suspek akan direman esok untuk siasatan lanjut.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Polis kesan lelaki pukul warga emas dengan topi keledar

Kelmarin, dalam kejadian jam 5.30 petang itu, suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan mangsa berumur 80 tahun berhubung kemalangan jalan raya membabitkan kedua-dua individu itu.

Artikel Berkaitan:

Kejadian berlaku ketika mangsa sedang membawa seorang penumpang dan berhenti di lokasi sebelum suspek kemudian melanggar kereta mangsa sehingga menyebabkan bumper jatuh dan lampu kereta sebelah kanan pecah.

Mangsa turun dari keretanya dan bertanyakan kepada suspek berkaitan kerosakan keretanya selain nasihatkan suspek untuk membuat laporan polis.

Bagaimanapun suspek tiba-tiba menyerang mangsa menggunakan topi keledar sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan luka dan lebam di bahagian muka.

Akibat daripada itu, mangsa telah menerima beberapa jahitan di kepalanya.

Sebelum itu, video kejadian tersebut tular di laman sosial sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati netizen.

Rata-rata netizen menyelar perbuatan lelaki berkenaan yang mengasari warga emas dengan topi keledar dan berharap tindakan setimpal dikenakan terhadap lelaki berkenaan.