'Jumpa selimut mungkin warga emas hilang terjatuh ke dalam tali air' - Bomba

Mohd Khalid (kiri) dilaporkan hilang dan usaha mencari dijalankan pelbagai pihak dan agensi berkaitan.
Mohd Khalid (kiri) dilaporkan hilang dan usaha mencari dijalankan pelbagai pihak dan agensi berkaitan.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Anak kepada warga emas hilang di Kampung Masjid, Tikam Batu di sini mengharapkan pencarian yang dilakukan sejak Sabtu, berhasil.

Rosfaezan Mohd Khalid, 57, berkata, dia sentiasa berdoa agar bapanya, Mohd Khalid Salleh, 84, yang dilaporkan hilang ditemui segera.

Menurutnya, apabila pihak berkuasa memberi gambaran bahawa bapanya besar kemungkinan terjatuh ke dalam tali air, dia akur namun jauh di sudut hati mengharapkan keajaiban agar mangsa ditemui dengan selamat.

"Apa yang kami tahu, anjing pengesan menunjukkan tanda kemungkinan bapa jatuh ke dalam tali air tetapi sebagai anak saya mengharapkan agar ditemui dalam keadaan selamat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Isnin.

Operasi pencarian turut dibantu Unit K9 JBPM dan PDRM.
Operasi pencarian turut dibantu Unit K9 JBPM dan PDRM.

Menurutnya, dalam keadaan sudah berusia, kudrat bapanya semakin berkurang serta mempunyai masalah ingatan.

Menceritakan semula kejadian pada jam kira-kira 7 malam Sabtu, mangsa dikesan tiada di rumah mendorong ahli keluarga membuat pencarian di seluruh kawasan kampung.

"Malam tu ramai dah cari di merata tempat tak ada, selepas itu baru buat laporan polis...kita berharap sangat jumpalah walau di mana-mana pun," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dia juga memohon mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan bapanya agar tampil segera bagi membantu pencarian.

Sementara itu, Pegawai Komander Operasi Kanan, Timbalan Ketua Zon 2, Penguasa Bomba Bryan Del Bungkias berkata, operasi pencarian diteruskan buat hari kedua setelah ditangguhkan pada jam 8 malam Ahad.

"Pencarian kita berdasarkan selimut ditemui difahamkan milik mangsa...selimut itu berada separuh di gigi air kemungkinan besar mungkin terjatuh...tapi realitinya sekarang ini tak ada seorang pun yang nampak betul-betul jatuh. Jadi, kita berpandukan maklumat yang setakat ni kita ada.

Selimut dipercayai milik mangsa ditemui di lokasi kejadian.
Selimut dipercayai milik mangsa ditemui di lokasi kejadian.

"Kita guna anjing pengesan K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada Isnin dan K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Ahad yang mana mengesan dan menguatkan kemungkinan terjatuh... jadi kita turun cari di kawasan tersebut," jelasnya.

Beliau berkata, setakat ini, operasi turut dibantu pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Sungai Petani dan Jitra, Jabatan Pengairan dan Saliran serta penduduk kampung yang turut membantu usaha pencarian.

Jelas beliau, selain di tali air, anggota PDRM dan JBPM serta orang kampung turut melakukan pencarian di darat khususnya di kawasan perkampungan berdekatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!