Peniaga rugi RM610,000 tertipu pelaburan tidak wujud

Mangsa hanya menyedari ditipu apabila diminta untuk membuat bayaran tambahan bagi mengeluarkan keuntungan pelaburan yang diperoleh. Gambar hiasan
Mangsa hanya menyedari ditipu apabila diminta untuk membuat bayaran tambahan bagi mengeluarkan keuntungan pelaburan yang diperoleh. Gambar hiasan
A
A
A

MUAR - Seorang peniaga kerugian RM610,000 selepas terperdaya dengan pelaburan tidak wujud dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, mangsa berusia 49 tahun itu pada mulanya tertarik dengan iklan pelaburan tersebut di laman Facebook sebelum berhubung dengan suspek menerusi aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata, sebaik ditawarkan pulangan tinggi sehingga 750 peratus mangsa membuat transaksi ke beberapa akaun bank berbeza bermula 1 April lepas dan diberitahu bahawa urusan pelaburan diuruskan sepenuhnya oleh broker.

"Mangsa hanya menyedari ditipu apabila diminta untuk membuat bayaran tambahan bagi mengeluarkan keuntungan pelaburan yang diperoleh. Dia kemudian membuat laporan semalam bagi tuntutan insurans kerugian yang dialami.

"Justeru, polis menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap tawaran pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan luar biasa,” katanya dalam kenyataan pada Rabu. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!