20 menara telekomunikasi di UK dirosakkan

Menara Telekomunikasi. -Gambar Hiasan
Menara Telekomunikasi. -Gambar Hiasan
A
A
A

LONDON - Sekurang-kurangnya 20 menara telekomunikasi di United Kingdom (UK) dibakar atau dirosakkan sejak beberapa hari lalu selepas timbul dakwaan mengatakan rangkaian 5G boleh menyebarkan wabak koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Sputnik memetik laporan The Guardian.

Terdapat siri vandalisme menara telekomunikasi di sekitar Liverpool dan West Midlands. Disebabkan perkhidmatan 5G yang perlahan di UK, banyak menara yang dirosakkan meskipun menara terbabit tidak memiliki teknologi dan peralatan 5G.

Menurut The Guardian, MobileUK yang menggabungkan empat rangkaian mudah alih utama di UK mengeluarkan surat terbuka meminta pelanggan membantu usaha menghentikan serangan itu.

"Kami berdepan kes vandalisme ia menyebabkan gangguan terhadap infrastruktur penting dan penyebaran maklumat palsu menunjukkan hubungan antara 5G dengan pandemik Covid-19. Tiada bukti saintifik lagi setakat ini," menurut surat itu.

"Tolong bantu kami untuk menghentikannya. Jika anda lihat terdapat perbuatan vandalisme terhadap kemudahan kami sila laporkannya. Jika ada maklumat tidak benar sila hubungi kami. Bantuan anda ketika ini sangat bermakna," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: