Tiga anjing 'bersubahat' keluar masuk rumah

3
3
A
A
A
JIKA anda melihat seekor anjing mampu buka pintu rumah, itu perkara biasa.

Tetapi kali ini, bukan sahaja pandai membuka, malah menutup kembali pintu supaya tidak diketahui oleh pemiliknya, itu agak luar biasa.

Dua anak anjing jenis poodle dan seekor anjing jenis collie menjadi satu pasukan yang sangat licik untuk masuk ke dalam rumah tanpa diketahui pemilik.

Video yang dirakam itu berlaku di Zoucheng Jining City di Wilayah Shandong Timur, China menunjukkan seekor anak anjing jenis poodle berwarna coklat memanjat pintu jeriji dan membukanya dengan menarik tali yang terikat pada pemegang pintu menggunakan mulutnya.

Kemudian seekor lagi poodle berwarna hitam memasuki rumah tersebut.

Selepas kedua-dua anjing itu masuk, seekor lagi anjing jenis collie di dalam rumah menutup kembali pintu jeriji dengan menarik tali pada bahagian bawah pintu itu.

Menurut pemiliknya, dia mengikat tali merah pada pemegang pintu untuk untuk memperoleh nasib baik.

Walau bagaimanapun, anjing pintar itu menggunakannya untuk membantu mereka membuka pintu pula.

Melihat video itu, yakin dan percaya ia telah berulang kali dilakukan sebelum disedari oleh pemiliknya. - AP
Artikel Berkaitan: