Bazar Ramadan: Kelantan ikut pendirian kerajaan Pusat

Ahmad Yakob
Ahmad Yakob
A
A
A

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan ikut pendirian Kerajaan Persekutuan berhubung penganjuran bazar Ramadan di negeri tersebut.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, jika semua pihak tidak bersetuju (bazar Ramadan), maka kerajaan Kelantan akan turut menyokong.

“Insha-ALLAH, kita akan ikut pendirian Kerajaan Pusat. Kalau semua tidak setuju atau kalau menteri kanan isyhtihar tiada bazar, Insha-ALLAH kita akan bersama dengan Pusat.

“Jangan risau, kita cuba ubah cara kita. Mungkin perniagaan dalam talian boleh dimanfaatkan sebaik mungkin selepas ini.

“Kita masih boleh menerima tempahan (makanan) melalui dalam talian dan sebagainya,” katanya kepada pemberita di sini selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja, Keselamatan Negeri (JKKN) Khas Kelantan, di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan: