Tropicana T360 catat tiga pencapaian baharu

Suasana ketika sesi soal jawab dengan pengamal media yang hadir pada program berkenaan.
Suasana ketika sesi soal jawab dengan pengamal media yang hadir pada program berkenaan.
A
A
A

PETALING JAYA - Tropicana Corporation Berhad melancarkan platform gaya hidup dan pengalaman milik penuhnya, T360 yang direka bagi menawarkan sambungan lancar serta pengalaman harian lebih bernilai kepada pembeli rumah dan ahlinya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tropicana, Dennis Ng berkata, T360 menandakan tiga pencapaian penting menerusi pelancaran aplikasi baharunya yang dipertingkatkan sempena acara sulung T360 Member Rewards & Privileges, selain meraikan pelancaran 28 kerjasama strategik.

Menurutnya, sejak dilancarkan pada 2022, T360 telah berkembang menjadi sebuah ekosistem digital yang kukuh dengan lebih 50,000 ahli menikmati pelbagai kemudahan bersepadu, daripada pengurusan hartanah hingga kepada tawaran gaya hidup yang dikurasi.

"Berpandukan visi OneTropicana iaitu Menghubungkan Komuniti dan Membina Masa Depan, acara sulung Member Rewards & Privileges ini mencerminkan komitmen berterusan kami terhadap pembinaan komuniti dan transformasi digital dengan menggabungkan teknologi yang dipertingkatkan, hubungan bermakna serta penglibatan aktif.

"Melalui T360, kami berhasrat untuk memberikan nilai yang lebih tinggi, akses yang lancar serta gaya hidup yang dipertingkatkan kepada pemilik rumah, ahli dan komuniti Tropicana," katanya.

Sekitar perasmian 28 perkongsian strategik.
Sekitar perasmian 28 perkongsian strategik.

Acara yang berlangsung di Grand Ballroom, Tropicana Golf & Country Resort itu menampilkan lebih 56 jenama premium, lebih 200 tawaran eksklusif serta hadiah bernilai RM12,000.

Disusun khas untuk pemilik rumah Tropicana, ahli golf dan ahli program kesetiaan, acara hujung minggu tersebut mewujudkan persekitaran berimpak tinggi apabila lebih 500 ahli dan pengunjung meneroka tawaran menarik serta menebus keistimewaan eksklusif sekali gus menghidupkan ekosistem T360 melalui pengalaman bermakna secara masa nyata.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Pengarah Urusan, Pemasaran & Jualan serta Pembangunan Perniagaan Tropicana, Ixora Ang.

Menurut Ixora, pihaknya terus memperkukuh ekosistem melalui dua segmen nilai tambah utama iaitu T Journey, anak syarikat milik penuh Tropicana yang menguruskan hospitaliti dan perkhidmatan, serta T360 sebagai platform gaya hidup dan pengalaman.

Ujarnya, halatuju strategik itu mencerminkan komitmen pihaknya untuk memberikan nilai jangka panjang kepada pembeli hartanah, memperluaskan manfaat melebihi pemilikan hartanah, serta membentuk gaya hidup yang lebih menyeluruh dan saling berhubung dalam komuniti.

“Selaras di peringkat Kumpulan, T360 diperkenalkan selepas pelancaran T Journey hanya beberapa bulan lalu. Inisiatif ini menangani jurang pasaran yang jelas dengan menyediakan tawaran hospitaliti dan gaya hidup kepada segmen pasaran seperti pembeli rumah, pelabur, ahli, rakan perniagaan serta pelancong rekreasi.

“Berdasarkan momentum ini, acara T360 Member Rewards & Privileges menawarkan peluang unik kepada ahli untuk merasai sepenuhnya nilai ekosistem T360 dalam suasana dinamik dunia sebenar.

“Sebagai acara sulung, pameran istimewa ini menandakan pelancaran aplikasi yang dipertingkatkan bersama pengaktifan 28 kerjasama strategik dalam persekitaran yang selesa,” katanya.

Suasana ketika majlis berlangsung pada minggu lalu.
Suasana ketika majlis berlangsung pada minggu lalu.

Beliau berkata, T360 bukan sekadar platform ganjaran, sebaliknya menukar mata digital kepada pengalaman nyata, sekali gus membolehkan interaksi masa nyata dengan peniaga, peluang penebusan yang lancar serta detik gaya hidup yang bermakna.

Katanya, acara tersebut berjaya direalisasikan hasil sokongan padu rakan kerjasama, para peniaga serta pasukan T360 yang berdedikasi.

“Dengan penambahbaikan ini, pengguna boleh menjangkakan perjalanan kesetiaan yang lebih bernilai dan lancar, seiring usaha kami untuk terus mengembangkan T360 sebagai ekosistem digital pintar generasi baharu dengan ciri serta tawaran menarik dalam fasa seterusnya,” tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!