Covid-19: MBSA nyah cemar beberapa kawasan utama

Operasi dijalankan di kawasan tumpuan awam khususnya di jalan-jalan persiaran, jalan-jalan di kawasan perumahan dan juga kemudahan-kemudahan awam di kawasan sekitar.
Operasi dijalankan di kawasan tumpuan awam khususnya di jalan-jalan persiaran, jalan-jalan di kawasan perumahan dan juga kemudahan-kemudahan awam di kawasan sekitar.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama beberapa agensi melaksanakan Operasi Nyah Cemar di beberapa kawasan tumpuan awam di Shah Alam bermula hari ini bagi mencegah penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, operasi dijalankan di kawasan Seksyen 6, dan beberapa kawasan di sekitar Seksyen 8,7,3,4.

"Operasi dijalankan di kawasan tumpuan awam khususnya di jalan-jalan persiaran, jalan-jalan di kawasan perumahan dan juga kemudahan-kemudahan awam di kawasan sekitar operasi ini diadakan dengan 122 petugas dari agensi antaranya Alam Flora, SWCorp, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Pejabat Kesihatan Daerah Petaling dan jabatan-jabatan dalaman MBSA seperti Jabatan Kesihatan Persekitaran, Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguatkuasa," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Operasi dijalankan di kawasan tumpuan awam khususnya di jalan-jalan persiaran, jalan-jalan di kawasan perumahan dan juga kemudahan-kemudahan awam di kawasan sekitar.
Operasi dijalankan di kawasan tumpuan awam khususnya di jalan-jalan persiaran, jalan-jalan di kawasan perumahan dan juga kemudahan-kemudahan awam di kawasan sekitar.

Menurutnya, operasi pagi tadi yang turut dihadiri Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan dilakukan mengikut panduan yang diberikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tambah Shahrin, selain kawasan seksyen 6 dan sekitarnya, MBSA serta agensi yang terlibat akan mengadakan lima lagi operasi nyah cemar di lokasi yang berbeza.

"Antaranya pasar awam dan sekitar Seksyen 16 (7 April), pasar awam dan sekitar Seksyen 25 (8 April), pasar awam dan sekitar Kampung Baru Sungai Buloh dan pasar awam dan sekitar Bandar Baru Sungai Buloh (9 April) serta pasar awam dan sekitar pekan Subang (10 April)," katanya.

Artikel Berkaitan: