Konsep Melaka Sayang Rakyat semakin diterima ramai - Ab Rauf

 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (depan, tiga dari kiri), diiringi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (depan, dua kanan), menghadiri majlis Rumah Terbuka Ketua iMenteri Melaka di Kampung Pulau, Masjid Tanah, hari ini. Foto Bernama

A
A
A

ALOR GAJAH -  Konsep Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) semakin diterima ramai selepas ia mula diperkenalkan tahun lepas, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Beliau berkata, ia terbukti dengan kehadiran ramai pengunjung ke rumah terbuka anjurannya di Masjid Tanah di sini hari ini.

"Di bawah payung Melaka Sayang Rakyat ini kita meraikan rakyat Melaka untuk bersama-sama menyambung silaturahim dalam satu majlis rumah terbuka yang kita isikan dengan penuh keharmonian dan persaudaraan antara kaum.

"Kita lihat hari ini ramai kaum Melayu, Cina dan India datang meraikannya,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis berkenaan di Masjid Tanah di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan pelbagai juadah tradisi dihidangkan kepada tetamu. - Bernama 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!