Tengku Muhammad Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja Terengganu

Tengku Muhammad Ismail. - Foto: Pejabat KDYMM Sultan Terengganu
Tengku Muhammad Ismail. - Foto: Pejabat KDYMM Sultan Terengganu
A
A
A

​KUALA TERENGGANU – Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Ismail ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dimasyhurkan sebagai Pemangku Raja Terengganu bermula 15 April ini.

​Setiausaha Dewan Pangkuan DiRaja Terengganu, Datuk Azmal Azaddin dalam kenyataan pada Ahad berkata, pelantikan tersebut telah mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

​Menurutnya, upacara pemasyhuran pelantikan tersebut telah selamat diadakan di Istana Terengganu, Kuala Lumpur.

​"Pelantikan ini dibuat berikutan Baginda Sultan akan beristirahat daripada semua tugas serta atur cara rasmi atas nasihat pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan tersebut.

​Sehubungan itu, Azmal memaklumkan bahawa sambutan Hari Ulang Tahun Keenam Puluh Empat Hari Keputeraan Sultan Terengganu yang dijadualkan pada 26 April 2026 kini ditangguhkan.

Katanya, ​penangguhan tersebut turut melibatkan semua istiadat, atur cara dan program-program rasmi yang berkaitan dengan sambutan berkenaan.

​"Segala majlis dan program tersebut ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan diumumkan kemudian," jelas kenyataan itu lagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!