Menyamar jadi YB minta bantuan

Hasanol (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Senawang di sini semalam.
Hasanol (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Senawang di sini semalam.
A
A
A

SEREMBAN – Bendahari Masjid Kariah Taman Bandar Senawang, Hasanol Bolkiah Zainal mendakwa nyaris terpedaya dengan individu yang menyamar sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, Datuk Mohamad Taufek Abd Ghani yang kononnya mahu meminta bantuan.

Beliau berkata berkata, beliau menerima mesej menerusi aplikasi whatsApp daripada nombor tidak dikenali yang memperkenalkan diri sebagai ADUN Paroi.

“Saya tanya sama ada itu nombor baru YB dan YB palsu itu kata itu nombor yang lain. Katanya mahu minta tolong bantu satu keluarga ibu tunggal.

“Suspek beritahu sepatutnya pekerjanya yang beri bantuan, tapi dia balik ke kampung di Tampin. Jadi saya langsung tak terfikir itu adalah 'scam' kerana gambar peribadi pada WhatsApp yang digunakan juga adalah gambar YB,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, suspek meminta supaya memberikan bantuan kewangan kepada keluarga terbabit dengan memasukkan RM350 ke dalam nombor akaun CIMB Bank 7613976361 atas nama Rabiatul Izzati.

Katanya, selepas diminta maklumat peribadi dan alamat penerima, suspek tidak membalasnya.

“Jadi saya terus hubungi nombor tersebut, tapi tak jawab. Saya pun cuba telefon nombor YB Taufek yang ada dalam simpanan saya dan bertanya lebih lanjut mengenai bantuan itu.

“YB menafikannya dan beliau minta saya buat laporan polis supaya siasatan lanjut dapat dilakukan,” katanya yang telah membuat laporan polis di Balai Polis Senawang di sini semalam.

Artikel Berkaitan:

Malah beliau turut difahamkan tiga lagi ahli jawatankuasa masjid berkenaan turut menerima mesej yang sama.

Hasanol berkata, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan membuat semakan terlebih dahulu kerana ramai mengambil kesempatan atas keprihatinan orang ramai terhadap mereka yang memerlukan.