TUDM hantar bekalan makanan ke kawasan pedalaman Sarawak

Anggota ATM sedang memasukan bekalan makanan ke dalam helikopter.
Anggota ATM sedang memasukan bekalan makanan ke dalam helikopter.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ) melakukan penerbangan pertama bagi menghantar bekalan makanan ke kawasan pedalaman Sarawak semalam.

TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan penghantaran bekalan makanan asas menggunakan helikopter EC725 AP melibatkan dua anak kapal melakukan empat penerbangan ke Bario, Sarawak.

“Antara lokasi penghantaran ialah di Telang Usan, Baram, Lawas, Sri Aman dan Kapit,” katanya.

Majlis Simbolik Pelancaran Bantuan Bekalan Makanan Sarawak disempurnakan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Dalam kenyataan Abang Johari sebelum ini memaklumkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersetuju membantu membuat penghantaran menggunakan helikopter bagi kawasan pedalaman.

“Beberapa kawasan yang tidak boleh atau sukar dihubungi melalui jalan darat, ATM menggerakkan aset TUDM untuk mempercepatkan penghantaran bekalan makanan ke kawasan terbabit.

“TUDM memberi jaminan penghantaran bekalan makanan ke semua 13 lokasi di pedalaman itu itu akan selesai sepenuhnya dalam masa antara empat hingga lima hari bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya.

Artikel Berkaitan: