Lelaki ditahan bersama abang ipar disyaki samun kedai serbaneka

Antara barang yang dirampas polis berhubung siasatan kes samun berparang di sebuah premis serbaneka, di Kota Damansara, Petaling Jaya, Januari lalu.
Antara barang yang dirampas polis berhubung siasatan kes samun berparang di sebuah premis serbaneka, di Kota Damansara, Petaling Jaya, Januari lalu.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki dan abang iparnya ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes samun kedai serbaneka di Kota Damansara, di sini, pada Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, tangkapan pertama dibuat sepasukan anggota Balai Polis Damansara ke atas seorang lelaki berusia 20 tahun di Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira jam 6.45 petang, semalam.

Menurutnya, semakan ke atas motosikal jenis Honda EX5 ditunggang lelaki tersebut didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Dari siasatan awal, suspek mengaku motosikal yang ditunggangnya itu milik abang iparnya. Suspek juga mengaku menyembunyikan sebuah lagi motosikal curi iaitu jenis Honda EX5 di sebuah blok kediaman di Semarak 2 Jalan Camar, Kota Damansara.

"Kira-kira jam 9 malam, dengan dipandu arah oleh suspek, membawa serbuan di sebuah rumah. Polis bertindak menahan abang ipar suspek berusia 30 tahun selain merampas pakaian serta peralatan yang diguna ketika melakukan samun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara barang bukti yang dirampas polis berhubung siasatan kes samun berparang di sebuah premis serbaneka, di Kota Damansara, Petaling Jaya, Januari lalu.
Antara barang bukti yang dirampas polis berhubung siasatan kes samun berparang di sebuah premis serbaneka, di Kota Damansara, Petaling Jaya, Januari lalu.

Beliau berkata, kemudian, kira-kira jam 11 malam, suspek pertama turut membawa polis ke blok kediaman terbabit dan menjumpai motosikal yang dilapor dicuri.

Katanya, semakan lanjut ke atas kedua-dua tangkapan mendapati suspek memiliki rekod lampau bersabit kes dadah dan jenayah.

Artikel Berkaitan:

"Suspek kini ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.