14 individu positif dadah ditahan

No Image Caption
A
A
A

TANAH MERAH - Seramai 14 individu positif dadah ditahan dalam operasi bersepadu pencegahan jenayah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, operasi yang bermula jam 10 malam hingga 6 pagi itu dilakukan dalam usaha mengekang jenayah setempat.

"Kita bahagikan pasukan kepada dua kumpulan iaitu pasukan serbuan dan pasukan rondaan dan pemeriksaan di kawasan taman perumahan, premis perniagaan dan kompleks kerajaan.

"Seramai 11 pegawai kanan dan 49 anggota ditugaskan dalam operasi ini yang bermula Sabtu sehingga Ahad lalu," katanya.

Beliau berkata, daripada 14 individu itu, 12 lelaki dan dua wanita ditahan.

"Pelbagai kesalahan membabitkan kes dadah termasuk Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 2(2) ADB 1952, Seksyen 30 (3) AR 1952, Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

"Selain itu kita turut periksa 36 kenderaan termasuk 21 kereta, 12 motosikal, dan tiga van," katanya.

Suzaimi berkata, pihaknya akan melakukan operasi terbabit secara berterusan dalam usaha mengekang jenayah.

Artikel Berkaitan: