Dari sawah terbiar ke taman indah

Diharap Se Indah Park dapat terus berkembang sebagai produk pelancongan komuniti sekali gus mengangkat Jelawat dan Alor Bakat sebagai destinasi baharu pelancongan desa di Kelantan.
Diharap Se Indah Park dapat terus berkembang sebagai produk pelancongan komuniti sekali gus mengangkat Jelawat dan Alor Bakat sebagai destinasi baharu pelancongan desa di Kelantan.
A
A
A

BACHOK - Siapa sangka kawasan sawah padi yang suatu ketika dahulu sunyi, dipenuhi semak dan terbiar, kini berubah wajah menjadi sebuah taman rekreasi komuniti yang indah dan mendamaikan sekali gus menjadi ikon baharu pelancongan di jajahan ini.

Terletak di Alor Bakat, Jelawat di sini, Se Indah Park kini muncul sebagai produk pelancongan desa baharu yang bukan sahaja memikat mata, malah menghidupkan kembali nadi komuniti setempat.

Siapa sangka kawasan sawah padi yang suatu ketika dahulu sunyi, dipenuhi semak dan terbiar, kini berubah wajah menjadi sebuah taman rekreasi komuniti yang indah dan mendamaikan sekali gus menjadi ikon baharu pelancongan di Bachok.
Siapa sangka kawasan sawah padi yang suatu ketika dahulu sunyi, dipenuhi semak dan terbiar, kini berubah wajah menjadi sebuah taman rekreasi komuniti yang indah dan mendamaikan sekali gus menjadi ikon baharu pelancongan di Bachok.

Transformasi luar biasa itu bukan digerakkan melalui peruntukan besar, sebaliknya lahir daripada semangat gotong-royong dan tekad masyarakat setempat yang mahu melihat kawasan mereka tidak lagi dipandang sepi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Se Indah Park, Rahimah Rani berkata, idea mewujudkan taman tersebut lahir daripada keprihatinan komuniti setempat yang melihat kawasan Jelawat tidak mempunyai lokasi khusus untuk aktiviti riadah, berehat, rekreasi keluarga atau sekadar mengambil gambar kenangan.


Siapa sangka kawasan sawah padi yang terbiar dan dipenuhi semak, kini berubah wajah menjadi sebuah taman rekreasi komuniti indah dan mendamaikan sekali gus ikon baharu pelancongan di Bachok.
Siapa sangka kawasan sawah padi yang terbiar dan dipenuhi semak, kini berubah wajah menjadi sebuah taman rekreasi komuniti indah dan mendamaikan sekali gus ikon baharu pelancongan di Bachok.

Menurut beliau, berbeza dengan kawasan Tawang, Pantai Irama yang memiliki pantai sebagai tarikan, Jelawat dilihat seolah-olah ‘terpinggir’ daripada sudut kemudahan rekreasi awam walaupun memiliki potensi alam semula jadi yang sangat besar.

Artikel Berkaitan:

“Kami berbincang dengan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Jelawat, Zameri Mat Nawang untuk mencipta satu ruang komuniti berkonsepkan eco-pelancongan.

"Dari situ timbul idea mengolah sawah padi dan tanah kosong yang tidak terjaga ini menjadi satu kawasan yang memberi manfaat kepada orang ramai,” katanya.

Rahimah memberitahu, kawasan tersebut sebenarnya dianugerahkan dengan pemandangan semula jadi yang sangat cantik, dikelilingi sawah padi menghijau, bukit-bukau yang mendamaikan, aliran sungai yang tenang serta suasana desa yang nyaman dan menyegarkan jiwa.

Se Indah Park yang terletak di Alor Bakat, Jelawat di Bachok kini muncul sebagai produk pelancongan desa baharu yang bukan sahaja memikat mata, malah menghidupkan kembali nadi komuniti setempat.
Se Indah Park yang terletak di Alor Bakat, Jelawat di Bachok kini muncul sebagai produk pelancongan desa baharu yang bukan sahaja memikat mata, malah menghidupkan kembali nadi komuniti setempat.

Ujarnya, di sini apabila pada waktu petang, angin sepoi-sepoi dan bunyi alam menjadikan kawasan ini sangat damai, sesuai untuk rehat minda dan jiwa.

Menurut beliau, penubuhan komuniti pengurusan Se Indah Park bermula tanpa sebarang dana, sebaliknya digerakkan sepenuhnya hasil tenaga sukarelawan, penduduk kampung, petugas tempatan, penghulu serta sokongan pemimpin setempat.

“Semua ini dibina daripada semangat kebersamaan. Tiada peruntukan besar, tetapi ada usaha, keikhlasan dan kesungguhan komuniti. Setiap orang menyumbang tenaga, idea dan masa,” ujarnya.

Dalam tempoh hampir setahun, beliau memberitahu, kawasan yang dahulunya sawah padi itu berjaya dibangunkan secara berperingkat sehingga terhasil sebuah dataran terbuka yang kini menjadi pusat aktiviti masyarakat setempat.

Kata Rahimah, antara tarikan utama ialah landskap semula jadi berlatar belakangkan sawah padi, ruang lapang untuk keluarga, kawasan bergambar, serta sudut santai yang menjadi tumpuan pengunjung untuk berehat dan menikmati suasana kampung.

"Se Indah Park mula diperkenalkan secara lebih meluas kepada orang ramai pada Ramadan kali ini apabila pelbagai kemudahan asas disediakan termasuk bekalan air, tandas awam, pencahayaan, khemah solat dan kawasan berbuka puasa.

“Mula-mula kami hanya war-warkan secara kecil-kecilan. Tapi hari pertama dibuka, sudah ada orang datang berbuka puasa di sini. Dari situ kami nampak sambutan yang sangat positif,” katanya.

Menurut beliau, peniaga tempatan juga diberi peluang berniaga, sekali gus membuka ruang rezeki kepada penduduk sekitar.

Kini ujarnya, Se Indah Park bukan sekadar taman rekreasi, malah menjadi pusat komuniti yang menghidupkan ekonomi setempat melalui gerai makanan, aktiviti sosial, program komuniti dan kunjungan pengunjung dari luar kawasan.

Peniaga tempatan juga diberi peluang berniaga, sekali gus membuka ruang rezeki kepada penduduk sekitar.
Peniaga tempatan juga diberi peluang berniaga, sekali gus membuka ruang rezeki kepada penduduk sekitar.

"Lebih daripada itu, taman ini menjadi ruang kebersamaan masyarakat, tempat anak-anak bermain, keluarga bersantai, warga emas berehat dan belia berkumpul dalam suasana yang harmoni.

"Keindahan alam semula jadi yang masih terpelihara menjadikan Se Indah Park bukan sekadar lokasi riadah, tetapi juga ‘terapi semula jadi’ untuk masyarakat yang ingin lari seketika daripada kesibukan hidup," katanya.


Jawatankuasa Pengurusan Se Indah Park mengolah sawah padi dan tanah kosong menjadi kawasan bermanfaat kepada orang ramai.
Jawatankuasa Pengurusan Se Indah Park mengolah sawah padi dan tanah kosong menjadi kawasan bermanfaat kepada orang ramai.

Beliau berharap Se Indah Park dapat terus berkembang sebagai produk pelancongan komuniti sekali gus mengangkat Jelawat dan Alor Bakat sebagai destinasi baharu pelancongan desa di Kelantan.

“Ini bukan sekadar taman, tetapi simbol kebangkitan komuniti. Dari sawah padi, kini lahir sebuah ruang indah yang memberi manfaat kepada semua,” katanya.

Ringkasan AI

  • Kawasan sawah padi di Jelawat kini menjadi taman rekreasi Se Indah Park hasil gotong-royong komuniti. Se Indah Park dibangunkan tanpa peruntukan besar, hanya usaha sukarelawan dan penduduk setempat. Tarikan utama adalah lanskap indah dengan sawah padi dan suasana desa. Taman ini juga menjadi pusat komuniti dan ekonomi setempat melalui gerai makanan dan aktiviti sosial. Tujuan Se Indah Park adalah untuk mempromosikan Jelawat sebagai destinasi pelancongan desa di Kelantan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!