Ribut petir: Kenderaan dihempap pokok tumbang

Beberapa kenderaan dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut petir dan hujan lebat yang melanda sekitar ibu negara pada petang Isnin. Foto: JBPM
Beberapa kenderaan dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut petir dan hujan lebat yang melanda sekitar ibu negara pada petang Isnin. Foto: JBPM
A
A
A

KUALA LUMPUR – Beberapa kenderaan dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut petir dan hujan lebat yang melanda sekitar ibu negara pada petang Isnin.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima beberapa panggilan kecemasan berkaitan insiden berkenaan antara jam 3 petang hingga 5.30 petang.

"Antara lokasi terlibat ialah Jalan Akar di Kampung Attap, Taman Botani Perdana, Istana Pahang di Jalan Raja Chulan, Blok 5 Flat Kuchai Lama, Sekolah Kebangsaan Jalan Padang Tembak serta Jalan Desa Jaya di Taman Desa.

"Pasukan bomba telah digerakkan ke beberapa lokasi terjejas bagi menjalankan kerja penyelamatan, pembersihan serta pemotongan pokok tumbang, selain memastikan keselamatan kawasan awam berada dalam keadaan terkawal," katanya.

Kesemua insiden berjaya ditangani dengan pantas oleh pasukan bomba Kuala Lumpur. Foto: JBPM
Kesemua insiden berjaya ditangani dengan pantas oleh pasukan bomba Kuala Lumpur. Foto: JBPM

Menurutnya, terdapat beberapa kenderaan dilaporkan dihempap pokok tumbang, namun situasi berjaya dikawal dan kerja-kerja pembersihan dilaksanakan segera di semua lokasi terjejas.

"Kesemua insiden berjaya ditangani dengan pantas oleh pasukan bomba Kuala Lumpur yang turut memastikan tiada risiko bahaya kepada orang awam di kawasan terlibat," katanya.

Dalam pada itu, pasukan bomba akan terus berada dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan, berikutan cuaca buruk yang dijangka berterusan dalam tempoh terdekat.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini, tiada laporan atau panggilan diterima melibatkan kejadian banjir kilat di sekitar ibu negara," katanya.

Ringkasan AI

  • Beberapa kenderaan dihempap pokok tumbang akibat ribut petir dan hujan lebat.
  • Pusat Gerakan Operasi terima panggilan kecemasan dari jam 3 hingga 5.30 petang.
  • Lokasi terlibat termasuk Jalan Akar, Taman Botani Perdana dan Jalan Desa Jaya.
  • Bomba digerakkan untuk pembersihan, penyelamatan dan kawalan keselamatan.
  • Tiada laporan banjir kilat diterima setakat ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!