Kandang terbakar, 15 kambing rentung

Sekandang kambing rentung dipercayai berpunca daripada bara api yang masih menyala di Kampung Tok Bok, Machang pada Sabtu. Foto: Ihsan pembaca
Sekandang kambing rentung dipercayai berpunca daripada bara api yang masih menyala di Kampung Tok Bok, Machang pada Sabtu. Foto: Ihsan pembaca
A
A
A

MACHANG – Sekandang kambing rentung dipercayai berpunca daripada bara api yang masih menyala di Kampung Tok Bok di sini pada Sabtu.

Saksi kejadian, Mohd Alif Hakim Abdullah, 18, berkata, kejadian kira-kira jam 2 pagi itu melibatkan sebuah kandang yang terletak berhampiran kedai runcit tempat dia bekerja.

"Semasa kejadian, saya sedang bersiap untuk mandi selepas membuat pembungkusan barangan runcit. Tiba-tiba terdengar bunyi bising kambing mengembek.

"Saya merasa pelik kerana kebiasaannya tidak begini. Kemudian rakan yang kebetulan ada di luar kedai menjerit memaklumkan kandang kambing yang terletak berhampiran terbakar," katanya kepada Sinar Harian, pada Ahad.

Menurut beliau, api marak terlalu cepat sehingga mereka tidak sempat berbuat apa-apa dan hanya mampu menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.

Ujarnya, sebanyak 15 ekor kambing rentung manakala dua lagi didapati selamat yang mengakibatkan kerugian hampir RM10,000.

Mohd Alif Hakim memberitahu, dia difahamkan biasanya pemilik kandang akan membakar tunggul kayu untuk menghalau nyamuk setiap petang.

"Namun kebiasaannya dia akan padam dahulu api tersebut sebelum pulang.

"Dipercayai mungkin disebabkan cuaca panas, rumput kering menyebabkan bara yang tersisa menghasilkan api," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Pegawai Bomba Kanan I, Mohamad Fadzil Musa berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.08 pagi sebelum sepasukan lima anggota dikejarkan ke lokasi.

"Operasi pemadaman berjaya dikawal dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.54 pagi.

"Kebakaran melibatkan sebuah kandang kambing dan mengorbankan 15 ekor haiwan ternakan yang ditemukan hangus," katanya.

Ringkasan AI

  • Sekandang kambing di Kampung Tok Bok rentung dipercayai akibat bara api.
  • Kejadian berlaku kira-kira jam 2 pagi berhampiran kedai runcit tempat saksi bekerja.
  • Sebanyak 15 ekor kambing rentung dan dua lagi terselamat dengan kerugian hampir RM10,000.
  • Pemilik kandang biasanya membakar tunggul kayu untuk halau nyamuk tetapi mungkin api tidak dipadamkan.
  • Bomba terima panggilan kecemasan pada jam 2.08 pagi dan pemadaman selesai jam 3.54 pagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!