EPF ambil keputusan berkecuali daripada undian tawaran ambil alih Sunway ke atas IJM Corp

KWSP mengambil pendirian berkecuali daripada mengundi berhubung tawaran pengambilalihan IJM Corp oleh Sunway Bhd. Foto hiasan
KWSP mengambil pendirian berkecuali daripada mengundi berhubung tawaran pengambilalihan IJM Corp oleh Sunway Bhd. Foto hiasan
A
A
A

KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP), iaitu pemegang saham utama dalam IJM Corporation Bhd (IJM Corp) mengambil pendirian berkecuali daripada mengundi berhubung tawaran pengambilalihan IJM Corp oleh Sunway Bhd.

Mengikut maklumat yang dikongsi di laman webnya, bahagian Keputusan Undian KWSP pada Mesyuarat Pemegang Saham menyatakan bahawa keputusan undian bagi cadangan tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat untuk IJM Corp telah direkodkan sebagai ‘berkecuali’.

Menurut rasional yang diberikan, KWSP berkata: "Ia secara sukarela berkecuali daripada mengundi berkaitan pegangan sahamnya dalam Sunway Bhd dan IJM Corp”.

Mesyuarat itu bertarikh 26 Mac 2026. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkecuali daripada mengundi pengambilalihan IJM Corp oleh Sunway Bhd
  • KWSP menyatakan keputusan undian sebagai 'berkecuali' di laman webnya
  • KWSP sukarela berkecuali mengenai pegangan sahamnya dalam Sunway Bhd dan IJM Corp
  • Mesyuarat pemegang saham berlaku pada 26 Mac 2026
  • Sumber maklumat dinyatakan ialah Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!