Siasatan SPRM tidak melibatkan syarikat, terhad kepada individu -IJM

IJM telah menerima surat daripada SPRM yang menyatakan siasatan tidak mempunyai kaitan dengan syarikat itu sebagai entiti.
IJM telah menerima surat daripada SPRM yang menyatakan siasatan tidak mempunyai kaitan dengan syarikat itu sebagai entiti.
A
A
A

KUALA LUMPUR - IJM Corp Bhd pada Selasa memaklumkan bahawa syarikat itu sudah menerima surat daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang mengesahkan bahawa siasatan yang dijalankan tidak mempunyai kaitan dengan syarikat itu sebagai sebuah entiti. 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa, IJM berkata, SPRM turut menjelaskan bahawa siasatan itu terhad kepada beberapa individu yang berkaitan dengan IJM, dan bukannya syarikat itu sendiri. 

Pada 6 Februari, media melaporkan bahawa eksekutif tertinggi IJM ditahan bagi membantu siasatan agensi anti-rasuah itu dalam siasatan berkaitan isu tadbir urus korporat, proses perolehan, transaksi kewangan dan pemilikan aset luar negara, yang dianggarkan bernilai kira-kira RM2.5 bilion. 

Terdahulu, Bahagian Operasi Khas SPRM memulakan siasatannya pada 19 Januari, yang tertumpu kepada dakwaan penyelewengan dan kemungkinan pelanggaran undang-undang yang berkaitan. 

Pada penutup, harga saham IJM meningkat lima sen kepada RM2.42, dengan 7.0 juta saham diniagakan. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • IJM Corp Bhd telah menerima surat dari SPRM yang menyatakan siasatan tidak berkaitan dengan syarikat itu sebagai entiti
  • Siasatan SPRM terhad kepada beberapa individu yang berkaitan dengan IJM
  • Eksekutif tertinggi IJM telah ditahan bagi membantu siasatan berkaitan isu tadbir urus dan transaksi kewangan
  • Siasatan SPRM bermula pada 19 Januari dengan fokus kepada dakwaan penyelewengan
  • Harga saham IJM meningkat lima sen kepada RM2.42 pada penutupan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!