X

Kindly register in order to view this article
!

Rakyat semakin patuh PKP, tangkapan turun 21.8 peratus

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bangunan Perdana Putra hari ini.
--fotoBERNAMA
A
A

PUTRAJAYA - Tahap pematuhan rakyat terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan semakin meningkat selepas jumlah individu yang ditangkap dan ditahan berkurangan sebanyak 21.8 peratus atau 413 orang semalam berbanding hari sebelumnya iaitu 524 orang.

Menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap trend penurunan jumlah tangkapan tersebut berterusan untuk memutuskan rantaian koronavirus (Covid-19).

"Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengadakan sebanyak 731 sekatan jalan raya dan melakukan pemeriksaan ke atas 426,764 kenderaan. PDRM juga melakukan sebanyak 26,202 pemeriksaan mengejut yang turut melibatkan 4,174 premis.

"Berdasarkan data semalam juga, seramai 380 orang telah direman dan 33 diikat jamin. Seramai 362 telah dituduh di mahkamah atas kesalahan melanggar PKP ini. Saya harap trend penurunan tangkapan ini boleh dianggap sebagai gambaran bahawa pematuhan semakin meningkat," katanya pada Sidang Media(Non-Helath) di sini hari ini.

Menurut beliau, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan agensi menerusi Ops Sanitasi melaksanakan operasi nyah cemar di 426 kawasan di 11 buah negeri.

"Antara kawasan yang dinyahcemar ialah 170 balai polis dan 38,140 unit Program Perumahan Rakyat (PPR) berisiko tinggi," katanya.

Tambah beliau, bagi memudahkan urusan kediaman strata, kerajaan bersetuju supaya pihak pengurusan beroperasi dengan dua kakitangan sahaja bertugas.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!