Tun M kembali ke pejabat

PUTRAJAYA - Selepas lebih dua bulan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Rabu.
Beliau yang sebelum ini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada 6 Januari lalu dilihat meneliti beberapa dokumen di meja pejabatnya menerusi rakaman video dimuat naik di laman Facebook rasmi negarawan itu.
Menerusi perkongsian berkenaan, beliau dilihat berada dalam keadaan sihat serta kembali menjalankan rutin kerja secara berperingkat.
Perkembangan terbaharu itu sekali gus memberi gambaran positif terhadap tahap kesihatan Dr Mahathir selepas insiden menimpanya awal tahun ini.
Dr Mahathir yang kini berusia 100 tahun dilapor terjatuh di rumahnya di Seri Kembangan, Selangor sebelum disahkan mengalami keretakan tulang pinggul.
Poses pemulihan melibatkan rawatan susulan dan fisioterapi memakan masa yang panjang atas faktor usia.
Ringkasan AI
- Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali ke pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya selepas lebih dua bulan
- Sebelum ini beliau dirawat di Institut Jantung Negara pada 6 Januari
- Keadaannya kini sihat dan telah mula menjalankan rutin kerja secara berperingkat
- Perkembangan kesihatannya memberikan gambaran positif selepas dia mengalami insiden awal tahun ini
- Dr Mahathir terjatuh dan mengalami keretakan tulang pinggul, memerlukan proses pemulihan yang panjang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!


