Tun M dibenar pulang bermalam di rumah

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenar pulang bermalam di rumahnya selepas genap sebulan mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Bagaimana pun Setiausaha Akhbar, Sufi Yusoff memaklumkan, Dr Mahathir perlu kembali ke IJN pada sebelah siang bagi meneruskan rawatan dan pemerhatian pasukan perubatan.
"Sejak dua hari lalu, Dr Mahathir dibenarkan "home leave" ke rumahnya di The Mines," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, pasukan perubatan IJN berpuas hati dengan tahap kemajuan pemulihan kesihatan serta tindak balas Dr Mahathir terhadap langkah-langkah perubatan dan fisioterapi.
"Walaupun dibenar pulang ke rumah secara berperingkat Dr Mahathir tetap berada dalam pemantauan pasukan perubatan IJN.
"Pakar perubatan masih menasihat Dr Mahathir tidak menerima pelawat selain keluarga terdekat buat masa ini," tegas beliau.
Negarawan itu dikejarkan ke IJN pada 6 Januari lalu bagi menerima rawatan selepas terjatuh di rumahnya.
Beliau disahkan patah tulang pinggul kanan dan proses pemulihan dijangka memakan masa panjang atas faktor usia.
Ringkasan AI
- Tun Dr Mahathir Mohamad dibenar pulang bermalam di rumah selepas sebulan dirawat di IJN
- Beliau perlu kembali ke IJN pada sebelah siang untuk terus menerima rawatan dan pemerhatian
- Pasukan perubatan berpuas hati dengan kemajuan pemulihannya
- Dr Mahathir berada dalam pemantauan walaupun dibenar pulang
- Dinasihatkan tidak menerima pelawat selain keluarga terdekat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

