Kes kebakaran terbuka di Negeri Sembilan meningkat lebih 150 peratus

Anggota Bomba sedang memadam kebakaran tanah gambut di Jalan Pantai berhampiran X-Park Go-Kart, Port Dickson. FOTO: Bomba Negeri Sembilan
Anggota Bomba sedang memadam kebakaran tanah gambut di Jalan Pantai berhampiran X-Park Go-Kart, Port Dickson. FOTO: Bomba Negeri Sembilan
A
A
A

SEREMBAN – Kes kebakaran terbuka di Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan mendadak iaitu sebanyak 159.5 peratus dalam tempoh 1 Mac hingga 25 Mac berbanding tempoh sama tahun lalu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan (JBPMNS) dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 205 kes kebakaran terbuka direkodkan dalam tempoh tersebut berbanding hanya 79 kes pada tahun lalu.

"Kebakaran melibatkan kawasan belukar dan lalang mencatat peningkatan paling ketara iaitu daripada 45 kes kepada 186 kes.

"Peningkatan mendadak kes kebakaran terbuka ini amat membimbangkan kerana berpotensi memberi kesan terhadap keselamatan awam, kesihatan masyarakat serta alam sekitar," katanya.

Justeru ujarnya, orang awam dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka, khususnya ketika cuaca panas dan kering bagi mengelakkan kebakaran tidak terkawal.

"Sebagai langkah pencegahan, orang ramai juga digalakkan untuk tidak membakar sampah secara terbuka, memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih daripada bahan mudah terbakar dan melaporkan dengan segera sebarang kejadian kebakaran kepada pihak berkuasa.

"Sebarang kejadian kebakaran boleh dilaporkan melalui talian kecemasan 999 atau menghubungi balal bomba yang berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kes kebakaran terbuka di Negeri Sembilan meningkat sebanyak 159.5 peratus dalam tempoh 1 Mac hingga 25 Mac berbanding tahun lepas
  • Sebanyak 205 kes kebakaran terbuka direkodkan berbanding hanya 79 kes pada tahun lepas
  • Kebakaran melibatkan kawasan belukar dan lalang mencatat peningkatan daripada 45 kes kepada 186 kes
  • Peningkatan kes kebakaran terbuka membimbangkan berpotensi memberi kesan terhadap keselamatan awam, kesihatan masyarakat serta alam sekitar
  • Orang awam dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang aktiviti pembakaran terbuka dan melaporkan sebarang kejadian kebakaran kepada pihak berkuasa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!