Budak perempuan tiga tahun ditemukan mati dalam kolam

Seorang budak erempuan berusia tiga tahun ditemukan meninggal dunia dalam kolam berhampiran kediamannya di Simpang 4, Permatang Pelandok, Teluk Intan pada Isnin.
Seorang budak erempuan berusia tiga tahun ditemukan meninggal dunia dalam kolam berhampiran kediamannya di Simpang 4, Permatang Pelandok, Teluk Intan pada Isnin.
A
A
A

TELUK INTAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan meninggal dunia dalam kolam berhampiran kediamannya di Simpang 4, Permatang Pelandok di sini pada Isnin.

Dalam kejadian sekitar jam 7 malam itu, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kolam berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

"Siasatan mendapati ketika kejadian, ahli keluarga sedang melakukan kerja-kerja mengemas rumah selepas satu majlis diadakan di kediaman tersebut sebelum menyedari kehilangan mangsa.

"Sasatan lanjut masih diteruskan termasuk menunggu laporan bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 9.24 malam.

Katanya, pemeriksaan di lokasi mendapati kolam sedalam kira-kira 1.2 meter itu tidak mempunyai sebarang ciri keselamatan seperti penghadang atau penutup.

"Setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa aspek keselamatan kanak-kanak merupakan tanggungjawab bersama dan tidak boleh dipandang ringan.

Ujarnya, ibu bapa serta penjaga diingatkan supaya sentiasa memastikan kanak-kanak berada dalam pengawasan rapi, khususnya di kawasan berisiko seperti kolam, longkang, parit atau mana-mana kawasan air terbuka.

“Langkah pencegahan seperti pemasangan penghadang, penutup atau pagar keselamatan perlu dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang,” katanya.

 

Ringkasan AI

  • Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemukan meninggal dunia dalam kolam berhampiran kediamannya di Teluk Intan
  • Mangsa ditemui tidak sedarkan diri dalam kolam sekitar jam 7 malam dan disahkan meninggal di Hospital Teluk Intan
  • Ahli keluarga sedang mengemas rumah selepas majlis dan menyedari kehilangan mangsa
  • Kolam tempat kejadian tidak dilengkapi dengan penghadang atau penutup untuk keselamatan
  • Polis menekankan kepentingan pengawasan dan langkah pencegahan di kawasan berisiko untuk mengelakkan kejadian serupa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!