Victor Chin dakwa MP PKR minta RM10 juta selesaikan skandal 'mafia korporat'

Victor mendakwa seorang MP PKR meminta beliau menyediakan wang tunai sebanyak RM10 juta bagi menyelesaikan skandal 'mafia korporat' yang terpalit ke atas dirinya.
Victor mendakwa seorang MP PKR meminta beliau menyediakan wang tunai sebanyak RM10 juta bagi menyelesaikan skandal 'mafia korporat' yang terpalit ke atas dirinya.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli perniagaan yang terpalit dalam skandal 'mafia korporat', Victor Chin mendakwa seorang Ahli Parlimen (MP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta beliau menyediakan wang tunai sebanyak RM10 juta bagi menyelesaikan skandal tersebut.

Dalam dokumen setebal 40 halaman yang memperincikan kronologi peristiwa didakwanya itu, Victor bagaimanapun berkata, dirinya hanya menyediakan RM9.5 juta pada peringkat awal.

Menurutnya, namun baki RM500,000 tidak pernah diserahkan kepada ahli Parlimen tersebut kerana isu berkenaan tidak diselesaikan.

"Tiada sebarang wang disalurkan kepada kumpulan 'mafia korporat'. 

"Victor kini mengeluarkan mesej kepada ahli Parlimen tersebut. Sila pulangkan RM9.5 juta sebelum 30 Mac 2026, atau identiti anda akan didedahkan," katanya pada Selasa.

Pada 16 Mac lalu, polis mengesahkan telah menyerbu beberapa premis milik tokoh korporat, Victor di sekitar Kemensah dan Sungai Long, Kajang.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail dilaporkan berkata, serbuan bersama Suruhanjaya Sekuriti (SC) itu dilaksanakan bagi membantu siasatan kes di bawah AMLA.

Terdahulu media melaporkan mengenai serbuan dijalankan terhadap premis milik Victor berdasarkan maklumat sumber.

Dalam satu lagi kenyataan berbeza, Victor mengulangi rayuannya kepada Mohd Khalid untuk membongkar kebenaran di sebalik dakwaan skandal 'mafia korporat'.

Artikel Berkaitan:

Dakwanya lagi, beliau hanya mangsa yang dizalimi dan telah ditekan menggunakan pelbagai saluran termasuk agensi penguat kuasa.

"Saya bersama kepimpinan terdahulu dan semasa NexG Bhd mengetahui siapa 'mafia korporat' sebenar dalam kes NexG Bhd.

"Ketua Polis Negara, saya percaya tuan juga mengetahui siapa 'mafia korporat' sebenar dalam kes NexG Bhd.

"Berdasarkan kronologi kejadian yang telah saya dedahkan kepada umum, jelas siapa 'mafia korporat' sebenar NexG Bhd tanpa sebarang keraguan. Saya merayu agar tindakan segera diambil supaya identiti sebenar mereka dapat didedahkan," dakwanya.

Beliau turut menyokong penuh penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat dakwaan dan menyelesaikan masalah tersebut.

Jelasnya, RCI penting sebagai badan siasatan bebas tertinggi untuk mendedahkan kebenaran serta mencadangkan pembaharuan sistemik.

"Ini bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang. Kes NexG telah dilaporkan secara meluas dan PDRM perlu bertindak berdasarkan fakta tersebut.

"Saya tidak akan membenarkan diri saya dijadikan kambing hitam. Rakyat meletakkan kepercayaan kepada PDRM untuk bertindak tanpa rasa takut, pilih kasih atau pengaruh luar," ulasnya.

 

Ringkasan AI

  • Ahli perniagaan Victor Chin terlibat dalam skandal 'mafia korporat' dan mendakwa Ahli Parlimen PKR meminta RM10 juta untuk menyelesaikan isu
  • Victor hanya menyediakan RM9.5 juta dan baki RM500,000 tidak diserahkan kerana masalah tidak selesai
  • Tiada wang disalurkan kepada 'mafia korporat' dan Victor meminta RM9.5 juta dikembalikan sebelum 30 Mac 2026
  • Polis dan Suruhanjaya Sekuriti menyiasat kes di bawah AMLA melalui serbuan pada premis milik Victor
  • Victor mendesak Ketua Polis Negara membongkar kebenaran skandal dan mendukung penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat isu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!