Dua lelaki maut dalam kemalangan di Kuala Kurau

IPOH - [DIKEMAS KINI] Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Seri Makmur, Batu 7 di Kuala Kurau, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.24 pagi sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kurau bergegas ke lokasi berkenaan.
"Kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Bezza dan motosikal Yamaha Ego Gear. Setibanya di lokasi, penumpang kenderaan berusia 26 tahun berada di bawah kereta berkenaan.
"Penunggang motosikal berusia 21 tahun tercampak dan kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu kenderaan berumur lingkungan 20-an yang mengalami kecederaan dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Parit Buntar," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, kedua-dua mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 2.50 pagi.- Bernama
Ringkasan AI
- Dua lelaki maut dalam kemalangan di Kampung Seri Makmur, Batu Kurau
- Kemalangan melibatkan sebuah Perodua Bezza dan motosikal Yamaha Ego Gear
- Penumpang kereta berusia 26 tahun dan penunggang motosikal berusia 21 tahun
- Pemandu kenderaan dalam lingkungan 20-an cedera dan dihantar ke Hospital Parit Buntar
- Operasi tamat kira-kira jam 2.50 pagi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
