Wanita maut, dua lelaki cedera nahas dua kenderaan

Seorang wanita maut dalam kemalangan di Miri . Foto Bomba
Seorang wanita maut dalam kemalangan di Miri . Foto Bomba
A
A
A

SIBU - Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan kenderaan pacuan empat roda di lampu isyarat Vista Perdana, Miri awal pagi Ahad.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan mangsa berusia 23 tahun itu telah disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kejadian.

"Pasukan bomba telah mengeluarkan mangsa yang berada dalam kenderaan Perodua Bezza dengan menggunakan stretcher dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat kemudiannya diserahkan pada polis untuk tindakan lanjut,” menurut JBPM Sarawak dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, seorang lagi mangsa dalam kenderaan Perodua Bezza serta pemandu kenderaan pacuan empat roda itu telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

JBPM Sarawak memaklumkan telah menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.05 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng telah digerakan ke lokasi dan tiba pada jam 3.14 pagi sebelum operasi ditamatkan pada jam 4.15 pagi. - Bernama

 

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

Ringkasan AI

  • Seorang wanita maut dan dua lagi cedera dalam kemalangan di Miri
  • Mangsa berusia 23 tahun disahkan meninggal di lokasi kejadian
  • Kemalangan melibatkan kereta Perodua Bezza dan kenderaan pacuan empat roda
  • Dua mangsa lain termasuk pemandu kenderaan pacuan empat roda dihantar ke hospital
  • Operasi penyelamat oleh JBPM Sarawak bermula jam 3.05 pagi dan tamat 4.15 pagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!