Nabila Huda ajak peminat baca al-Quran

Nabila Huda mengajak peminatnya membaca al-Quran sepanjang PKP ini. - Foto Instagram kupu_kupu
Nabila Huda mengajak peminatnya membaca al-Quran sepanjang PKP ini. - Foto Instagram kupu_kupu
A
A
A

SHAH ALAM - Aktres Nabila Huda mengajak peminatnya membaca al-Quran bersama-sama bagi mengisi masa terluang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Anak kepada penyanyi rock, Amy Search itu mengajak semua peminatnya untuk membaca sehari satu muka surat al-Quran di rumah.

Nabila atau lebih mesra dipanggil Abil percaya mampu memperbaiki bacaannya sekiranya terus melakukan cabaran itu.

“Saya dapat hadiah al-Quran ini daripada papa dan mama. Tergeliat lidah sebab dah lama tak baca al-Quran.

“Satu hari kita baca satu muka surat mana tahu lama-lama khatam.

“Daripada kita duduk lepak tak buat apa baik kita baca sama-sama mana tahu kita duduk rumah ni sampai raya,” katanya menerusi Instagram live baru-baru ini.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu mendedahkan dia sudah khatam al-Quran sebanyak tiga kali.

“Saya belajar mengaji daripada nenek iaitu ibu kepada penyanyi Amy Search semasa kecil, dulu dia guru mengaji.

Artikel Berkaitan:

“Jadi saya mengaji setiap hari dengan nenek dan sudah berjaya khatam sebanyak tiga kali,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata peminatnya menyokong usaha Nabila untuk meneruskan cabaran itu setiap hari selain mengisi aktiviti kerohanian sepanjang PKP.

"Semoga terus istiqamah. Hari-hari baca al-Quran setiap kali lepas solat. Lama-lama akan lancar sendiri,” kata netizen.