Covid-19: Singapura catat kematian keenam

Lelaki warga emas itu disahkan dijangkiti Covid-19 pada 29 Mac dan dimasukkan ke Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) pada hari berikutnya.
Lelaki warga emas itu disahkan dijangkiti Covid-19 pada 29 Mac dan dimasukkan ke Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) pada hari berikutnya.
A
A
A

SINGAPURA - Singapura hari ini merekodkan satu lagi kematian akibat koronavirus (Covid-19) menjadikan jumlah keseluruhan yang meninggal dunia adalah enam orang.

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan pesakit berkenaan meninggal dunia pada 5.41 pagi berikutan komplikasi akibat Covid-19.

"Beliau adalah seorang lelaki berumur 88 tahun yang berstatus Penduduk Tetap Singapura dan tidak mempunyai sejarah perjalanan baru-baru ini ke negara-negara atau rantau terlibat," katanya dalam kenyataan di sini.

MOH berkata, lelaki warga emas itu disahkan dijangkiti Covid-19 pada 29 Mac dan dimasukkan ke Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) pada hari berikutnya.

Lelaki itu yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) kemudiannya mengalami komplikasi serius dan meninggal dunia akibat jangkitan itu.

Pesakit mempunyai sejarah penyakit jantung dan buah pinggang, kanser serta diabetes. - Bernama

Artikel Berkaitan: