Tular Polis 42 dikepung mat rempit, polis tidak terima aduan

Polis tidak menerima sebarang aduan dakwaan Polis 42 dikepung oleh sekumpulan mat rempit sebagaimana yang ditularkan di laman sosial Threads pada Ahad.
Polis tidak menerima sebarang aduan dakwaan Polis 42 dikepung oleh sekumpulan mat rempit sebagaimana yang ditularkan di laman sosial Threads pada Ahad.
A
A
A

KOTA BHARU - Polis tidak menerima sebarang aduan berhubung dakwaan Polis 42 dikepung oleh sekumpulan mat rempit di sini seperti yang ditularkan di laman sosial Threads pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri berkata, hasil semakan yang dibuat pihaknya mendapati tiada sebarang aduan diterima berkaitan perkara tersebut.

"Setakat ini tiada," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, di Threads tular satu hantaran daripada sebuah akaun yang mendakwa Polis 42 dikepung oleh mat rempit.

"Puncanya kerana polis tersebut melanggar seorang mat rempit sehingga terjatuh dan 'mengunci' kepala individu berkenaan.

"Kes baharu berlaku malam tadi di Kelantan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis tidak terima aduan dakwaan Polis 42 dikepung mat rempit di Kota Bharu
  • Ketua Polis Daerah menyatakan hasil semakan tiada aduan diterima
  • Hantaran di laman sosial Threads mendakwa kejadian kepungan
  • Dakwaan berpunca daripada insiden polis melanggar mat rempit
  • Kejadian dikatakan berlaku malam di Kelantan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!