Helikopter terhempas di perairan Qatar

DOHA - Sebuah helikopter terhempas di Qatar akibat kegagalan teknikal dan terjatuh ke dalam perairan wilayahnya, manakala operasi mencari kru sedang dijalankan, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik kenyataan Kementerian Pertahanan Qatar pada Ahad.
"Kementerian Pertahanan Qatar mengumumkan bahawa sebuah helikopter milik Qatar mengalami kegagalan teknikal ketika menjalankan tugas rutin, yang menyebabkan ia terhempas di perairan wilayah negara ini," menurut kementerian itu.
Operasi mencari dan menyelamat untuk mengesan kru serta penumpang sedang giat dijalankan, tambah kementerian itu lagi. - Bernama
Ringkasan AI
- Sebuah helikopter di Qatar terhempas akibat kegagalan teknikal
- Kejadian itu berlaku ketika helikopter menjalankan tugas rutin
- Helikopter tersebut terjatuh ke dalam perairan wilayah Qatar
- Kementerian Pertahanan Qatar mengumumkan insiden tersebut
- Operasi mencari dan menyelamat kru dan penumpang sedang dijalankan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
