Penunggang motosikal maut terjatuh ke dalam sungai

KUCHING - Seorang penunggang motosikal ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam sungai akibat kemalangan di Jalan Muara Mongkos, Serian, awal pagi Ahad.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan menerima panggilan kejadian pada 3.55 pagi.
Mangsa, Belvind Avril Bobbyson, 22, ditemukan oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan.
“Maklumat awal mendapati lelaki itu terlibat kemalangan sebelum melanggar palang besi jambatan dan terjatuh ke dalam sungai,” menurut kenyataan itu.
Operasi melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Serian dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. - Bernama
Ringkasan AI
- Seorang penunggang motosikal ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam sungai di Jalan Muara Mongkos, Serian
- Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak menerima panggilan kejadian pada 3.55 pagi
- Mangsa bernama Belvind Avril Bobbyson, berumur 22 tahun
- Mangsa terlibat dalam kemalangan sebelum melanggar palang besi jambatan dan terjatuh ke dalam sungai
- Operasi penyelamat melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Serian dan mayat diserahkan kepada polis
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
