Seorang maut pesawat ringan terhempas di perairan Pantai Copacabana

RIO DE JANEIRO - Sekurang-kurangnya seorang maut pada Sabtu selepas sebuah pesawat ringan terhempas di perairan luar Pantai Copacabana Beach yang terkenal di Rio de Janeiro, Brazil, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Menurut Jabatan Bomba, pesawat ringan itu terhempas kira-kira 12.30 tengah hari waktu tempatan (1530 GMT).
Juruterbang pesawat berkenaan yang identitinya belum didedahkan, kemudiannya ditemukan meninggal dunia.
Pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian, dengan setakat ini tiada mangsa lain dilaporkan. - Bernama-Xinhua
Ringkasan AI
- Seorang maut pesawat ringan terhempas di perairan Pantai Copacabana
- Kejadian terjadi di Rio de Janeiro, Brazil
- Pesawat terhempas pada pukul 12.30 tengah hari waktu tempatan
- Juruterbang pesawat meninggal dunia
- Pihak berkuasa sedang menyiasat punca kejadian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
