Bank Rakyat umum penamatan khidmat pengerusi

Noripah Kamso - Foto Bernama
Noripah Kamso - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Bank Rakyat mengumumkan penamatan perkhidmatan Datuk Noripah Kamso sebagai Pengerusi serta semua jawatan lain yang disandang beliau di Bank Rakyat termasuk sebagai Pengerusi Yayasan Bank Rakyat berkuat kuasa pada 4 April 2020.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan hari ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Noripah yang telah berkhidmat bersama Bank Rakyat sejak 11 Disember 2018.

“Kami menghargai jasa dan khidmat yang diberikan Datuk Noripah Kamso terutamanya dalam mengemudi perancangan dan memimpin agenda kelestarian bank serta mendoakan yang terbaik untuk masa hadapan beliau,” kata Bank Rakyat dalam satu kenyataan.

Bank Rakyat juga optimis meskipun terdapat perubahan dalam kepimpinan Bank Rakyat, segala operasi dan hala tuju yang telah direncana akan diteruskan seperti biasa bagi meneruskan legasi kecemerlangan bank ini.

Pengumuman pelantikan Pengerusi Bank Rakyat yang baharu akan dimaklumkan sebaik sahaja segala proses pelantikannya dimuktamadkan.

Artikel Berkaitan: