Polis kesan Ong Chun Seong bantu siasatan kes jenayah

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan kes jenayah.
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan individu berkenaan dikenali sebagai Ong Chun Seong, 36, dan kini dikehendaki bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan keberadaan suspek diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis dengan kadar segera," katanya.
Menurutnya, maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes Inspektor Mohd Ariff Jali di talian 011-33855989.
"Orang ramai juga boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, Sabah: 088-712 222, Bilik Gerakan IPD Penampang: 088-723 961 atau mana-mana balai polis berhampiran.
"Segala maklumat yang diberikan akan dirahsiakan sepenuhnya dan kerjasama orang ramai amat penting dalam membantu pihak berkuasa mengekalkan keselamatan serta ketenteraman awam," katanya.
Ringkasan AI
- Polis sedang mencari seorang lelaki untuk membantu siasatan kes jenayah
- Individu tersebut dikenali sebagai Ong Chun Seong berusia 36 tahun
- Orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat tentang keberadaan Ong kepada polis
- Maklumat boleh diberikan kepada Inspektor Mohd Ariff Jali atau hubungi IPD Penampang, Sabah
- Kerjasama orang ramai penting untuk membantu pihak berkuasa mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
