SPRM cari Ramachandren bantu siasatan kes Seksyen 18

A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

SPRM dalam kenyataan berkata, lelaki berkenaan ialah M K Ramachandren berusia 59 tahun.

"Alamat terakhir individu itu ialah di No 27, Jalan Raja Nong 9A/KS2, Bunga Raya Residence Jalan Raja Nong, 41000, Klang, Selangor," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambah kenyataan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Muhammad Sapuan Abd Ghani di talian 017-2690250 atau emel kepada sapuan.abdghani@sprm.gov.my.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009
  • Lelaki berkenaan ialah M K Ramachandren berusia 59 tahun
  • Alamat terakhir individu itu ialah di No 27, Jalan Raja Nong 9A/KS2, Bunga Raya Residence Jalan Raja Nong, 41000, Klang, Selangor
  • Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat
  • Muhammad Sapuan Abd Ghani di talian 017-2690250 atau emel kepada sapuan.abdghani@sprm.gov.my

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!