Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri, KL, Putrajaya hingga 7 malam

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda empat negeri serta Kuala Lumpur jam 7 malamini. Gambar hiasan
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda empat negeri serta Kuala Lumpur jam 7 malamini. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 7 malam ini.

MetMalaysia memaklumkan ramalan cuaca buruk itu melibatkan seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta beberapa kawasan di Selangor iaitu Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Perak iaitu Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim

Di Johor melibatkan kawasan Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Sementara itu, di Sarawak amaran berkenaan meliputi kawasan Sri Aman, Sarikei (Sarikei), Sibu (Kanowit), Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Miri (Telang Usan). - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
  • Ramalan cuaca buruk melibatkan seluruh kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dan beberapa kawasan di Selangor
  • Amaran sama juga berlaku untuk beberapa kawasan di Perak
  • Di Johor, amaran ini melibatkan kawasan Pontian, Kulai dan Johor Bahru
  • Amaran di Sarawak meliputi kawasan Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu dan Miri

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!