Ribut petir, hujan lebat di empat negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan empat negeri sehingga jam 12 tengah hari ini. Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan empat negeri sehingga jam 12 tengah hari ini. Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan empat negeri sehingga jam 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan negeri-negeri terlibat ialah Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Selangor.

Di Pulau Pinang, kawasan yang terlibat ialah di barat daya dan timur laut manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang melibatkan kawasan Kuantan dan Pekan manakala Selangor di Sabak Bernam. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat
  • Amaran melibatkan empat negeri sehingga 12 tengah hari
  • Negeri terlibat ialah Pulau Pinang, Perak, Pahang dan Selangor
  • Di Pulau Pinang kawasan yang terlibat ialah di barat daya dan timur laut
  • Amaran sama turut dikeluarkan bagi Pahang di kawasan Kuantan dan Pekan serta Selangor di Sabak Bernam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!