Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di 11 negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri. - Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 7 malam ini.

Dalam kenyataan pada Khamis, MetMalaysia memaklumkan kawasan terlibat di Kedah meliputi Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak melibatkan Larut, Matang dan Selama, Batang Padang serta Muallim.

Di Pahang pula kawasan terjejas ialah Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Selangor iaitu Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Putrajaya.

"Selain itu, seluruh Negeri Sembilan dan Melaka turut dijangka mengalami keadaan cuaca sama,” menurut kenyataan itu. 

Di Johor, kawasan terlibat termasuk Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Bagi Sarawak, amaran melibatkan Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei, Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) serta Miri (Telang Usan).

Sementara itu, di Sabah, kawasan terjejas ialah Pedalaman meliputi Sipitang, Tenom dan Nabawan serta Tawau termasuk Tawau, Kunak dan Lahad Datu.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan merujuk laman sesawang rasmi jabatan itu untuk maklumat cuaca terkini. - Bernama 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri
  • Kawasan terlibat di Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
  • Negeri Sembilan dan Melaka juga dijangka mengalami cuaca yang sama
  • Johor dan Sarawak termasuk dalam kawasan berisiko tinggi
  • Amaran terbabit meluas ke Sabah, menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!