Amaran ribut petir di lima negeri

MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lima negeri. Foto hiasan
MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lima negeri. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lima negeri sehingga jam 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka berlaku di Perak (Kinta, Kampar dan Batang Padang) serta Rompin, Pahang.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi Negeri Sembilan (Seremban) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru).

Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Mukah (Daro dan Matu), Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri dan Limbang. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan lima negeri
  • Ribut petir dijangka berlaku di Perak (Kinta, Kampar dan Batang Padang) serta Rompin, Pahang
  • Amaran sama dikeluarkan bagi Negeri Sembilan (Seremban) dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru)
  • Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Mukah (Daro dan Matu), Kapit (Song), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri dan Limbang
  • Amaran berlangsung sehingga 6 petang ini

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!