Orang ramai diminta bantu kesan Muhammad Faizal, hilang sejak 13 Februari

Muhammad Faizal dilaporkan kali terakhir dilihat di wad pembedahan, tingkat tiga, Hospital Kuala Lumpur.
Muhammad Faizal dilaporkan kali terakhir dilihat di wad pembedahan, tingkat tiga, Hospital Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang dilaporkan hilang sejak 13 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Muhammad Faizal Irvan Rachman pada jam 3 petang hari yang sama.

"Berdasarkan maklumat, Muhammad Faizal dilaporkan kali terakhir dilihat di wad pembedahan, tingkat tiga, Hospital Kuala Lumpur.

"Lelaki itu berketinggian kira-kira 170 sentimeter," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Balai Polis Dang Wangi di talian 03-26002264 atau Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-2600 2222.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis mencari lelaki tempatan 41 tahun yang hilang sejak 13 Februari
  • Laporan kehilangan diterima pada jam 3 petang hari yang sama
  • Muhammad Faizal Irvan Rachman kali terakhir dilihat di wad pembedahan Hospital Kuala Lumpur
  • Lelaki itu berketinggian kira-kira 170 sentimeter
  • Orang ramai diminta untuk memberi maklumat kepada balai polis berhampiran atau menghubungi Balai Polis Dang Wangi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!