Tak minat sertai ‘rumah baharu’, Syed Abu Hussin mahu kekal Bebas

Syed Abu Hussin (dua dari kanan) yang juga Ketua Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL) turut membantu melancarkan operasi Jualan Murah Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang, pada Rabu.
Syed Abu Hussin (dua dari kanan) yang juga Ketua Kluster Makanan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL) turut membantu melancarkan operasi Jualan Murah Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang, pada Rabu.
A
A
A

BUKIT GANTANG - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menegaskan tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik baharu termasuk 'rumah baharu' yang dikaitkan dengan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata, penubuhan parti baharu dilihat masih terikat dengan sentimen politik lama, sedangkan rakyat ketika ini perlu bergerak ke arah kematangan dalam membuat penilaian berdasarkan prestasi, bukan lagi kesetiaan kepada parti semata-mata.

"Tidak. (Sebarang perbincangan) juga tidak ada. Saya kekal non-partisan (Bebas)," katanya ketika ditemui pemberita dalam program Jualan Murah Pusat Khidmat Parlimen Bukit Gantang di sini pada Rabu.

Menurut beliau, rakyat seharusnya memberi sokongan kepada mana-mana pemimpin yang menunjukkan keupayaan bekerja dengan baik tanpa mengira latar belakang parti.

"Kalau kita terus berpolitik berasaskan parti semata-mata, penyelesaian sebenar tidak akan tercapai.

"Rakyat kena nilai siapa yang benar-benar bekerja dan memberi manfaat. Tidak kira daripada parti mana, kalau bagus, beri peluang,” katanya.

Pada 2024, Syed Abu Hussin yang sebelum itu bertanding pilihan raya atas tiket Perikatan Nasional (PN) telah dipecat daripada keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) selepas namanya telah dikeluarkan daripada sistem keahlian parti.

Terdahulu, Hamzah yang juga bekas Timbalan Presiden Bersatu memberi bayangan mengenai kemungkinan pembentukan sebuah ‘rumah baharu’.

Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, istilah rumah baharu itu tidak semestinya merujuk kepada penubuhan parti baharu, sebaliknya mungkin menyertai parti lama sama da mengambil alih parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), kembali menganggotai UMNO ataupun menyertai Pas.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal menyatakan tidak berminat untuk menyertai mana-mana parti politik baru
  • Beliau berpendapat penubuhan parti baru masih terikat dengan sentimen politik lama dan menekankan rakyat perlu membuat penilaian berdasarkan prestasi
  • Syed Abu Hussin kekal sebagai ahli politik bebas Beliau menggalakkan rakyat untuk menyokong pemimpin berdasarkan keupayaan mereka bekerja tanpa mengira latar belakang parti
  • Syed Abu Hussin dipecat daripada keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia selepas bertanding atas tiket Perikatan Nasional

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!