4,000 bebas muflis sempena Aidilfitri - PM

Anwar
Anwar
A
A
A

PUTRAJAYA - Dianggarkan sekitar 4,000 individu terutama ibu dan bapa tunggal akan dibebaskan daripada belenggu kebankrapan secara 'fast track' sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ikhtiar pelepasan kebankrapan itu merupakan sebahagian langkah untuk meringankan beban rakyat.

"Kerajaan Madani menerusi Jabatan Insolvensi akan melaksanakan ikhtiar pelepasan kebankrapan secara 'fast track'.

"Semua langkah ini adalah manifestasi nilai ihsan dan kemanusiaan yang menjadi teras kerajaan dalam memastikan rakyat terus menikmati manfaat daripada kemakmuran yang kita usahakan bersama," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Pada masa sama, beliau turut mengulangi nasihat supaya rakyat terus berbelanja secara berhemah sepanjang meraikan Syawal.

"Dalam keadaan ekonomi dunia yang masih tidak menentu, semua pihak perlu mengurus kewangan secara berdisiplin sebagai persediaan menghadapi ketidaktentuan pada masa hadapan," katanya.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kira-kira 4,000 individu, terutama ibu dan bapa tunggal, akan dibebaskan daripada belenggu kebankrapan sempena Hari Raya Aidilfitri
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan langkah ini bertujuan untuk meringankan beban rakyat
  • Pelepasan kebankrapan secara fast track ini adalah usaha kerajaan Madani melalui Jabatan Insolvensi
  • Ini mencerminkan nilai ihsan dan kemanusiaan yang dipegang oleh kerajaan untuk memastikan rakyat menikmati kemakmuran bersama
  • Anwar Ibrahim juga menasihati rakyat untuk berbelanja secara berhemah dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi dunia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!