Johari teruskan perbincangan ART dengan Washington

Johari Foto fail Bernama
Johari Foto fail Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani dijangka mengadakan beberapa perbincangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung isu Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Johari telah memberi taklimat ringkas dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Difahamkan beliau akan meneruskan beberapa perbincangan dengan Washington, DC," katanya pada sidang akhbar mingguan di sini pada Selasa.

ART yang dimeterai antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) pada Oktober tahun lalu tidak lagi terpakai berikutan keputusan Mahkamah Agung AS membatalkan sebahagian besar langkah tarif menyeluruh yang sebelum ini diperkenalkan oleh Presiden AS, Donald Trump.

Bagaimanapun, setakat ini kerajaan belum menerima sebarang hitam putih daripada AS berhubung keputusan pembatalan perjanjian itu.

Buat masa ini, Malaysia hanya dikenakan tarif global sebanyak 10 peratus selepas Trump menggunakan Seksyen 122 di bawah Akta Perdagangan 1974 AS.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bakal mengadakan perbincangan dengan Amerika Syarikat mengenai Perjanjian Perdagangan Timbal Balas
  • Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil menyatakan Johari memberi taklimat tentang perbincangan itu dalam mesyuarat Jemaah Menteri
  • Perjanjian Perdagangan Timbal Balas antara Malaysia dan Amerika Syarikat yang dimeterai tahun lalu sudah tidak berlaku setelah Mahkamah Agung Amerika membatalkan beberapa tarif
  • Setakat ini, Malaysia belum menerima sebarang maklumat rasmi dari Amerika Syarikat tentang pembatalan perjanjian tersebut
  • Malaysia dikenakan tarif global sebanyak 10 peratus selepas Donald Trump menggunakan Seksyen 122 Akta Perdagangan 1974 AS

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!