Zamri Vinoth bergari dibawa ke mahkamah diiringi polis

Zamri Vinoth dibawa ke Mahkamah Majistret bagi menghadapi pertuduhan berhubung perhimpunan yang dirancang di sebuah pusat beli-belah, bulan lalu.
Zamri Vinoth dibawa ke Mahkamah Majistret bagi menghadapi pertuduhan berhubung perhimpunan yang dirancang di sebuah pusat beli-belah, bulan lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Zamri Vinoth dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa dalam keadaan bergari bagi menghadapi pertuduhan berhubung perhimpunan yang dirancang di sebuah pusat beli-belah, bulan lalu.

Zamri atau nama sebenarnya Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu yang memakai kot berwarna biru tiba jam 9.10 pagi sebelum itu dibawa menaiki kenderaan SUV.

Dia yang juga Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) sempat menyapa pihak media yang menunggu di lobi mahkamah sejak jam 8 pagi.

Difahamkan, aktivis berkenaan berdepan kes mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu membuat kenyataan yang mendatangkan khianat awam, dengan niat menyebabkan atau berkemungkinan ketakutan atau kegentaran awam.

Zamri Vinoth dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa dalam keadaan bergari bagi menghadapi pertuduhan berhubung perhimpunan yang dirancang di sebuah pusat beli-belah, bulan lalu.
Zamri Vinoth dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa dalam keadaan bergari bagi menghadapi pertuduhan berhubung perhimpunan yang dirancang di sebuah pusat beli-belah, bulan lalu.

Zamri sempat mengucapkan salam kepada wartawan dan jurugambar yang menunggu sejak jam 8 pagi tadi, sambil berkata: “Insya Allah sama-sama kita lahirkan Malaysia yang aman dan damai. Assalamualaikum.”

Sebelum ini, polis sedang mengesan keberadaan Zamri dan aktivis, Tamim Dahri yang dipercayai berada di Thailand bagi membawa pulang mereka untuk menghadapi pertuduhan di mahkamah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, usaha mengesan mereka turut melibatkan kerjasama pihak berkuasa Thailand.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pemeriksaan mendapati mereka dikesan keluar dari negara ini melalui jalan sah ke Thailand.

Zamri kemudiannya menafikan dakwaan bahawa beliau cuba melarikan diri susulan kontroversi yang mengaitkannya dengan tindakan menghasut keganasan.

Sebaliknya, beliau menegaskan tidak mempunyai sebab untuk berbuat demikian dan bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan.

Menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu, Zamri berkata, beliau juga sedia bertemu Ketua Polis Negara bagi menjelaskan perkara tersebut.

Ringkasan AI

  • Zamri Vinoth dibawa ke Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur dalam keadaan bergari mengenai perhimpunan di pusat beli-belah bulan lalu
  • Tiba di mahkamah jam 9.10 pagi dengan memakai kot berwarna biru
  • Sebagai Penyelaras GARAH, Zamri berdepan kes mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan
  • Menyapa media dengan pesan keamanan dan ketenangan untuk Malaysia
  • Sebelum ditangkap, pihak polis berusaha mengesan Zamri dan seorang lagi aktivis yang dipercayai berada di Thailand

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!